AWAS UNTUK NELAYAN PELANTAR BATU - KEADAAN OMBAK BERBAHAYA
Surf Life Saving sedang menasihati nelayan dan pemancing pelantar batu untuk amat berhati-hati kerana keadaan laut berbahaya diramalkan sepanjang kebanyakan pantai NSW pada 4.5.2011 - 8.5.2011.
Keadaan ombak berbahaya diramalkan dengan ombak besar di pantai, pelantar batu, cenuram dan tanjung tinggi di seluruh negeri ini.
Ombak-ombak besar ini akan menimbulkan keadaan berbahaya bagi nelayan dan pemancing pelantar batu.
“Semua orang perlu amat berhati-hati jika bertujuan menangkap ikan dari pelantar batu/cenuram/tanjung tinggi/benteng dan muara sungai pada beberapa hari mendatang” kata Pengurus Penyelamat Kelemasan SLSNSW, Dean Storey.
Stan Konstantaras daripada Recreational Fishing Alliance memberi amaran agar jangan ‘menggadaikan nyawa’ dan memberi pesanan keselamatan utama berikut:
• Jangan menangkap ikan dari pelantar batu di pantai terbuka pada beberapa hari mendatang
• Sentiasa memakai baju pelampung & kasut yang sesuai
• Tentukan keadaan air pasang, ombak dan cuaca
• Menangkap ikan dengan sahabat – jangan sekali-kali menangkap ikan sendiri
• Bawalah telefon bimbit
• Jangan sekali-kali berpaling ke laut
• Sentiasa beri masa untuk meneliti keadaan sebelum menangkap ikan dan tetap berjaga-jaga untuk keadaan yang berubah
• Jika was-was, jangan ke luar!
“Ombak besar boleh muncul dan menutup pelantar batu tanpa amaran, dan menarik siapapun di atas pelantar batu ke laut – semua nelayan batu pelantar harus sentiasa memakai baju pelampung”, kata Konstantaras.
Untuk maklumat keselamatan aneka bahasa mengenai penangkapan ikan di pelantar batu, kunjungilah www.safefishing.com.au & www.beachsafe.org.au
Untuk kecemasan di dalam air, segera telefon Polis pada nombor 000.